Wednesday, July 23, 2014

        NAMA                                                                     NO.MATRIK
  1.  MUHAMAD ZULHAFIZ BIN ZULKIFLI                    (08DKM14F1065)
  1.  ASRAH BIN MUSTAFFAR                                    (08DKM14F1041) 
  1.  WAN HAZIQ ASYRAF BIN WAN FAUZI                 (08DKM14F1003) 
  1.  MUHAMMAD IQBAL HAKIMI BIN RAZAK               (08DKM14F1121)
  1.  MUHAMMAD KHAIRULNIZAM BIN ZAIM               (08DKM14F1098)
     PROGRAM:PENGAJIAN MALAYSIA(DUB1012) 
     SESI:JUN 2014
     JABATAN:KEJURUTERAAN MEKANIKAL 
     NAMA PENSYARAH:PUAN ZALYPAH HASSAN

 PENGENALAN:

Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat islam adalah dipelopori oleh alim ulama walaupun sejarah ini cuba dipadamkan oleh kelompok sekular pragmatis yang memerintah umat islam. Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulama dalam menetang penjajahan tidak di dokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulama tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Sesungguhnya saudara, Islam merupakan agama dan cara hidup yang membebaskan sekalian manusia daripada menjadi hamba kepada manusia lain, kepada hawa nafsu, kepada pangkat kedudukan mahupun kepada harta benda. Islam ajar umatnya supaya tunduk dan patuh hanya kepada Allah swt yang telah menciptakan kita.

Saudara, bila kita bicara soal kemerdekaan, pasti ianya dikaitkan dengan perjuangan orang-oarang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan dan kebebasan tanah air kita ini. Sejarah kemerdekaan yang dipelajari dan didedahkan kepada kita hari ini tidak begitu menyeluruh skopnya. Ianya dilihat hanya tertumpu dan terfokus kepada gerakan kemerdekaan yang dikaitkan dengan jasa pemimpin UMNO sahaja. Adapun sejarah panjang yang melibatkan penglibatan para alim ulama dalam menghadapi penjajahan yang begitu lama tempohnya itu seakan cuba diselindungkan dan ditenggelamkan.

Memang tidak dinafikan ada diceritakan di dalam buku teks sejarah tentang kebangkitan orang melayu menentang penjajah seperti perjuangan Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Gajah, Datok Bahaman, Mat Kilau dan ramai lagi. Tetapi saudara, timbul juga pada fikiran kita, apakah faktor utama yang mendorong kebangkitan pahlawan dan rakyat pada waktu itu?

Dari manakah hadirnya sentimen anti kepada penjajah pada waktu itu? Siapakah yang sebenarnya membentuk kesedaran rakyat untuk tidak tunduk kepada penjajah? Berdasarkan persoalan ini, kalau aku nak ulas dan bahas satu per satu, memang panjang saudara, tetapi cukuplah untuk aku mendedahkan sedikit tentang sejarah gerakan ulama dalam proses menuntut kemerdekaan tanah air kita. Yang selebihnya, saudara boleh buat pembacaan sendiri.

Saudara, penentangan terhadap penjajahan di Melaka dan negeri-negeri melayu yang lain daripada kuasa Portugis, Belanda dan Siam begitu hebat dan rancak di bawah pimpinan para ulama. Oleh kerana tempoh penentangan ini begitu panjang, ia telah menyebabkan peranan ulama dalam mendidik ummah agak terjejas sedikit yang seterusnya memberi kesan terhadap kelahiran ulama-ulama muda sebagai pewaris. Selain itu, terdapat juga ulama yang berjuang ini berakhir dengan mati dibunuh dan dibuang negeri.

Jesteru, bagi memastikan kelangsungan kelahiran ulama-ulama ini, mereka telah mengatur perancangan antaranya berhijrah ke Mekah pada akhir abad ke-17. Perlu diingatkan bahawa, penghijrahan ini bukan kerana lari kerana takut untuk berjuang, tetapi sebagai ‘long-term strategy’ dalam menghadapi kuffar di tanah air. Maka ringkas cerita, strategi ini membuahkan hasil apabila lahirnya ramai ulama-ulama melayu yang dikaderkan di Mekah antaranya Sheikh Ahmad Muhammad Zain al-Fathani. Selain itu, ulama-ulama melayu ini juga menggunakan kesempatan ketika ibdah haji untuk berkumpul dan meniupkan semangat anti-penjajah kepada orang melayu yang datang mengerjakan haji.

Sebab itu saudara, di Indonesia, penjajah Belanda berasa hairan mengapa setiap kali umat Islam ke Mekah mengerjakan haji, penentangan rakyat terhadap mereka semakin kuat. Lantaran itu, mereka mengutuskan Snouk Hurgronje untuk menyamar sebagai muslim bagi mengkaji peranan haji dalam membentuk ‘political awareness’ orang melayu pada tahun 1884. Ternyata saudara, di dalam kajiannya, Hurgronje mendapati peranan ulama melayu seperti Sheikh Ahmad al-Fathani inilah yang bertanggungjawab mempengaruhi jemaah haji dan para pelajar melayu di Mekah dalam membebaskan tanah air masing-masing.

Berdasarkan kajian tersebut, Hurgronje telah mengeluarkan sebuah laporan yang bertajuk ‘De Atjeher’ yang mana laporan itu menyebut supaya ulama diasingkan daripada rakyat dan perlu untuk melahirkan ulama ampu yang memisahkan antara agama dan politik bagi mematahkan gerakan penentangan. Saudara, ketika di Mekah, selain daripada mengkaderkan ulama-ulama ‘reformis melayu, Sheikh Ahmad al-Fathani juga pernah mengirimkan surat-surat perjuangan kepada Sultan Zainal Abidin III (1323H) di Terengganu dan Sultan Mansur Kelantan (1891) supaya tidak mudah tunduk terhadap tekanan penjajah. Selain itu, beliau juga dijadikan rujukan oleh Sultan Pattani, Kedah, Johor, Riau-Lingga, Deli, Langkat, Pontianak dan Sambas.

Selain itu saudara, Syeikh Ahmad al-Fathani juga telah menyusun gerakan kemerdekaan melalui pertubuhan organisasi untuk orang melayu, memindahkan kiblat pendidikan orang melayu serta melalui kitab-kitab karya beliau khususnya kitab Ad-Daulah al-Aliyah at-Turkiyah al-Usmaniyah (1886) yang berkisar tentang kedudukan kerajaan Uthmaniyah sebagai khalifah Islam pada ketika itu.

Pada tahun 1873, beliau telah menubuhkan persatuan yang dinamakan sebagai Jam’iyatul Fathaniyah. Kesan pengaruh persatuan ini telah menyebabkan tertubuh pula Jam’iyatul Rusyidiyah yang melahirkan tokoh seperti Syed Sheikh al-Hadi. Kemudian, Kiyai Hashim iaitu salah seorang anak murid Syeikh Ahmad al-Fathani menubuhkan pula Nadhatul Ulama di Indonesia pada tahun 1926. Seorang lagi anak muridnya iaitu Tok Kenali telah menubuhkan MAIK yang berperanan besar melahirkan generasi pejuang melalui sekolah MAIK atau dikenali sebagai Maahad Muhammadi.

Setelah melihat perkembangan positif di Mesir terhadap usaha menentang penjajah, beliau telah menghantar anak-anak muridnya untuk mendalami ilmu di sana dan seterusnya bertanggungjawab memperkenalkan anak-anak muridnya itu dengan pejuang-pejuang reformis seperti Sheikh Muhammad Abduh yang terkenal sebagai pemikir pembaharuan Islam yang menuntut umat Islam berjuang untuk kemerdekaan melalui risalah al-Imam. Di tanah melayu pula, anak muridnya seperti Haji Mat Hassan Munas atau Tok Janggut melancarkan gerakan jihad ke atas British pada tahun 1915.

Selain itu saudara, Sheikh Ahmad al-Fathani yang memiliki hubungan rapat dengan Sultan Zainal Abidin III serta Tokku Paloh telah menyemarakan lagi penentangan penjajah di Terengganu apabila anak murid Tokku Paloh iaitu Abdul Rahman Limbong mengetuai pemberontakan terhadap penjajah. Di Pahang pula, kebangkitan rakyat masih mempunyai pengaruh Sheikh Ahmad dan Tokku Paloh yang mana kedua-dua tokoh ulama melayu ini berjaya mempengaruhi Sultan untuk tidak tunduk terhadap tekanan penjajah yang seterusnya secara tidak langsung mencetus kesedaran jihad Tok Gajah, Datok Bahaman dan Mat Kilau ketika mendapat perlindungan daripada kerajaan Terengganu.

Demikianlah saudara serba sedikit gambaran sumbangan ulama dalam mencetus kesedaran dan seterusnya menggerakan proses awal menuntut kemerdekaan dalam kalangan orang melayu. Walaubagaimanapun saudara, sehebat mana pun seseorang ulama melayu itu, dia tidak akan jadi hebat seperti mana yang kita tahu tanpa adanya Islam sebagai pencorak pemikiran dan tindakan mereka. Sebab itu, bagi aku, titik permulaan sejarah kemerdekaan negara ini sebenarnya bermula dengan benih kesedaran yang dicetuskan oleh ulama yang mendalami ajaran Islam demi menegakkan sebuah Daulah Islamiyah. AllahuAkhbar!

TOK JANGGUT

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di KelantanTanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Biografi ringkas
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak muridTok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
·         cukai tanah
·         cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
·         cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
·         kelapa sebanyak 3 sen setandan
·         sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran JeramPasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja’far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Ja’far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.
Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam
MAT KILAU

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai “Dikir Pahang”.Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.
TOK KENALI

TOK KENALI atau Muhammad Yusof (nama timang-timangan beliau ialah Awang) dilahirkan di Kenali, Kelantan pada tahun 1868 Masihi. Beliau mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan sistem pengajian pondok yang terdapat di negara ini amnya dan di Kelantan, khususnya.Pesanan beliau yang cukup terkenal di kalangan anak-anak murid yang datang ‘mengaji’ dari setiap pelosok negara termasuk dari Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Selatan Siam: “Belajar rajin-rajin” dan “balik buka pondok!”Beliau dianggap wali kerana dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai karamah seperti berjalan di permukaan air, dapat berada di banyak tempat dalam jangka masa yang singkat, mempunyai mulut yang masin (berlakunya beberapa perkara setelah dikatakan oleh beliau).Beliau juga dapat mengetahui perkara-perkara yang akan berlaku seperti kedatangan Jepun dan peristiwa banjir besar.Beliau meninggal dunia dalam usia 65 tahun pada 19 November, 1933. tenaga penting majalah Pengasuh Beliau adalah tokoh penting di sebalik penerbitan majalah Pengasuh di samping pernah menjadi Ahl iMajlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (Dewan) Ulama. Beliau pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan lima tahun di Mesir.Beliau membuka dua buah pondok di kampong kelahirannya di Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di sinilah beliau berjuang, mengasuh dan mendidik anak-anak muridnya hingga melahirkan banyak tokoh agama, yang kemudian pulang membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Di samping mengajar, Tok Kenali juga aktif dalam penulisan.Gandingan ulama dan umara Sebagai Ahli Majlis (Dewan) Ulama, Tok Kenali juga turut terlibat dalam pemerintahan negeri. Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat Istiadat Melayu Kelantan.Tok Kenali juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat.Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar) Kelantan ketika itu diketuai sahabatnya, Nik Mahmud Ismail sering berbincang dan mendapatkan pandangan daripada Tok Kenali dalam banyak perkara pentadbiran.Beliau pernah bertanyakan Tok Kenali berhubung cara untuk memajukan bandar Kota Bharu. Tok Kenali mencadangkan agar membina banyak sekolah supaya dengan usaha itu akan wujud banyak kedai, bangunan-bangunan dan bandar Kota Bharu akan maju.Cadangan itu kemudiannya dilaksanakan dengan penubuhan banyak sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sultan Ismail turut menghormati Tok Kenali.Bagindalah yang memerintahkan Tok Kenali menterjemah kitab induk Imam Syafie, iaitu Kitab Al-Umm dan kitab tafsir, Al-Khazan.Mengajar di Masjid Muhammadi Selain mengajar di Pondok Kampung Paya di Kenali, Tok Kenali juga mengajar di Masjid Muhammadi.Selepas kematian ibunya, Tok Kenali berpindah mengajar sepenuh masa di Masjid Muhammadi atas permintaan Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar).Sejak itu, pondok-pondok kecil didirikan dengan banyak di sekeliling masjid itu yang didiami pelajar-pelajar yang datang serata negeri di Tanah Melayu (Malaysia). Masjid Muhammadi menjadi pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur ketika itu.
DATO BAHAMAN

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.
Asal-Usul
Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.
Anugerah
Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.
 Perang Semantan
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato’ Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato’ Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato’ Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato’ Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnyamenyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato’ Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato’ Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.
Buruan British
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
TOK GAJAH 
Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.

Kesimpulannya, semua ulama-ulama diatas memainkan peranan yang amat tinggi dalam memperjuangkan islam di tanah air ini .Jika mereka tiada , kemungkinan islam tidak akan berkembang di tanah air . Seharusnya kita perlu bersyukur kerana adanya ulama-ulama seperti mereka yang sanggup berjuang demi memartabatkan umat islam hinggalah sekarang.

RUMUSAN

 Kami amat bersyukur kerana telah menyelesaikan  blog Pengajian Malaysia dalam tempohmasa yang ditetapkan. Kami dapat memahami lebih dalam tentang peranan ulamak-ulamak islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah meayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Kenali, Datuk Bahaman dan Tok Gajah.

Ketika menjalankan kajian ini , banyak pengajaran dan nilai yang telah kami pelajari. Hasilnya, kami akan lebih menghargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka ke arah menuntut kemerdekaan.Tambahan pula,  kami juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan dan menyelesaikan kajian blog ini. Di samping itu, kami dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Akhir sekali, kajian seperti ini dapat menarik perhatian remaja masa kini untuk lebih menghargai jasa ulamak-ulamak terdahulu dalam mencapai kemerdekaan. Secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta akan tanah air dalam diri.

Rujukan
3.      www.pnineuron.com
4.      Masteri Memori melalui peta minda sejarah SPM cetakan keempatbelas 2012
5.      Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin edisi kelima Oxford Fajar Sdn.Bhd Pengajian Malaysia

Lampiran

Mayat tok janggut yang di biarkan begitu sahaja

Mayat tok janggut yang di gantung

Mat Kilau yang dikenali sebagai dikir pahang

Tok Kenali..ulama peringkat wali

Makam tok janggut di tumpat Kelantan.

Tok Gajah

PETA LOKASI KEDUDUKKAN
DATUK BAHAMAN

TOK JANGGUT

TOK KENALI

No comments:

Post a Comment